Tuesday, April 21, 2009

RAMA-RAMA DAN BUNGA

Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama.
Namun Allah memberikannya kaktus dan ulat.
Lelaki ini sedih, tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza daripada permintaannya
Kemudian dia berfikir: Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan
Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.
Selepas satu tempuh, lelaki ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakannya
Lelaki ini amat terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik
Dan daripada ulat yang terselindung, telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik
Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul!

Cara Allah sentiasanya cara terbaik,
Walaupun kelihatan semuanya salah.

Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah, PERCAYALAH
Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai.
Apa yang and pinta tidak semestinya apa yang diperlukan!
Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan,teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh.

DURI hari ini Adalah BUNGA hari esok!

ALLAH MENGURNIAKAN PILIHAN TERBAIK KEPADA MEREKA YANG MENYERAHKAN KETENTUAN KEPADA-NYA

Semoga Allah merahmati anda!

APA YANG BERLAKU HARI INI BUAT LAH PENGAJARAN UNTUK HARI ESOK..
selamat berjuang untuk final exam..

1 comment:

  1. manusia hanya pandai komplen..
    Allah la yang lebih tahu...

    ReplyDelete